Rabu, 25 Februari 2009

UCAPAN PERASMIAN

MESYUARAT AGUNG
MAJLIS PERMUAFAKATAN
PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH KRK NEGERI JOHOR
2009 / 2010

OLEH
TUAN HAJI SUFA'AT BIN TUMIN
PENGARAH PELAJARAN JOHOR

11 FEBRUARI 2009
HOTEL SELESA JOHOR BAHRU


LATARBELAKANG

Program Kelas Rancangan Khas di sekolah harian biasa telah dilaksanakan sejak tahun 1970. KRK merupakan satu program "alternatif" bagi murid yang TIDAK berjaya mendapat tempat di SBP.


RASIONAL


PERLUASAN SEKOLAH KRK


* Menyahut seruan mencapai Johor TOP 5.

* Keputusan pencapaian murid KRK menjadi antara tonggak kejayaan negeri.

* Secara amnya menjadi tempat untuk rujukan Kementerian Pelajaran apabila

diminta oleh YB Menteri mengenai prestasi murid terutamanya melibatkan murid

berbangsa melayu.



DASAR-DASAR KRK KEBANGSAAN



MURID YANG DITAWARKAN SEMASA TINGKATAN SATU, TERUS DIPANTAU HINGGA KE TINGKATAN 5


GURU YANG MENGAJAR KRK MESTILAH GURU YANG BERKUALITI DAN PUNYAI KOMITMEN YANG TINGGI.


BILANGAN MAKSIMUM MURID PER KELAS IALAH 35 ORANG.


TARGET PENCAPAIAN MINIMUM 30% MENDAPAT STRAIGHTS A'S DENGAN TIADA YANG MENDAPAT KURANG DARI 5A.


LAPORAN PRESTASI PMR 2008
SEKOLAH KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)
NEGERI JOHOR


MATLAMAT LAPORAN

MEMANTAPKAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN KELAS RANCANGAN KHAS TAHUN 2009

- PENGURUSAN SEKOLAH
- PENGURUSAN AKADEMIK


MAKLUMAT PMR 2008 SEKOLAH KRK

BILANGAN SEKOLAH KRK - 30 buah
BILANGAN CALON PMR KRK - 1900 orang
BILANGAN CALON PERFECT SCORE - 806 orang (42.42%)
BILANGAN CALON 5A KE ATAS - 1532 orang (80.63%)












CADANGAN

1. Program dan prestasi bagi sekolah yang melepasi target haruslah dikekalkan dengan beberapa usaha penambahbaikan. Sekolah-sekolah KRK yang lain boleh menjadikan sekolah tersebut sebagai PENANDA ARAS.

2. Pemantauan Berfokus perlu dilaksanakan oleh pengurusan tertinggi JPN dan PPD kepada sekolah yang tidak mencapai tahap yang diingini.

3. Program Berpusat seperti program kecemerlangan, karnival, kursus nadwah kepimpinan, majlis anugerah cemerlang dan lamatan penanada aras perlu diteruskan dengan beberapa nilai tambah.

4. MPPSKRK perlu memainkan peranan yang lebih efektif bagi memastikan semua sekolah KRK dapat mencapai kecemerlangan yang ditetapkan.

5. Jalinan Kerja yang rapat antara JPN, PPD dan Pengurusan Sekolah perlu dipertingkatkan melalui aktiviti bersama secara terancang.

Tiada ulasan: